28 April 2011

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Pusat Akses Pay Yap

Melayari Internet dengan mudah 

Pusat Akses SJK(C) Pay Yap mula diperkenalkan pada tahun 2008 dan menerima sejumlah 10 unit komputer jenama HP. Pusat Akses mula beroperasi dan boleh digunakan oleh para pelajar dan guru.Pusat Akses ini merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning). Pembelajaran di Pusat Akses membolehkan murid mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. 

Pusat Akses merupakan satu alternatif lain selain dari Makmal Komputer yang sedia ada sebagai tempat pembelajaran bagi membolehkan murid mencapai dan meningkatkan kembahiran pembelajaran mereka. 

Di samping itu juga, pelajar boleh menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ke arah meningkatkan kemahiran mereka untuk mencari maklumat yang berguna untuk pembelajaran mereka.